Dayang Senandung

Asal Usul Dayang Senandung

Menurut Kisah Asal Dayang Senandung karya Norul Haida Norudin, beliau digelar dayang senandung kerana lafaz "Dayang" tersebut membawa maksud pangkat rendahan. Hal ini demikian adalah kerana sewaktu kelahiran dayang senandung tersebut, badannya berkulit hitam lalu ayahnya, Sultan negeri Ratnapura, Raja Karim, bertanya kepada ahli nujum. Beliau bertanya bahawasanya bagaimanakah cara menghilangkan sumpahan tersebut terhadap anaknya itu. Ahli nujum tersebut menjawab bahawasanya dia perlulah hidup sebagai rakyat biasa dan jauh dari kehidupan istana. Oleh kerana itu, gelaran pertamanya disebut "Dayang" yang maksud pangkat rendahan. 

Selain itu, Gelaran keduanya, "Senandung" diambil dari nama pulau. Tempat dia dibesarkan iaitu dikenali sebagai "Pulau Senandung".    


Sinopsis Buku "Kisah Dayang Senandung"
Karya Norul Haida Norudin

Dalam buku "Kisah Dayang Senandung" karya Norul Haida Norudin,kami ingin menyimpulkan serba sedikit mengenai kehidupan Dayang Senandung bermula kelahirannya sehingga pencetusan kebahagiannya di akhir kisahnya mengikut plot-plot tersebut : 

 Plot Pengenalan :
Dayang Senandung lahir di Negeri Ratnapura dan dibesarkan di Pulau Senandung. Beliau dilahirkan dalam keadaan rupa paras yang hitam disebabkan oleh sumpahan yang dikenakan ke atasnya.

Plot Awal Konflik :
Beliau telah berkahwin dengan Raja Kamaruzaman dan Perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibunya kerana rupa parasnya yang hitam.

Plot Menuju Konflik :
Semasa ketiadaan suaminya, Raja Kamaruzaman, beliau dalam keadaan mengandung telah didera dan diperlakukan sebagai orang gaji istana oleh Ibu mertuanya.

Plot Klimaks :

Kemudian beliau dihalau dan diarahkan pegawai istana untuk membunuh beliau.  namun begitu, pegawai istana tidak sampai hati dan menggantikan nyawanya dengan nyawa seekor monyet bagi dipersembahkan kepada ibu mertuanya.

Plot Penyelesaian :

 Akhir sekali, wajah Dayang Senandung telah menjadi putih setelah melahirkan anaknya di hutan. Namun begitu, kesengsaraan beliau tersebut berakhir setelah berjumpa dengan abangnya, Sultan Iskandar. Ibu mertuanya telah dihukum oleh abangnya, Sultan Iskandar di atas kesalahannya. Kemudian ibu mertuanya insaf dan suami Dayang Senandung, Raja Kamaruzaman berjaya diselamatkan oleh Raja Iskandar daripada di tawan musuh.Raja Kamaruzaman tidak mengenali isterinya yang berwajah putih lalu dibongkar oleh isterinya lalu selepas itu mereka hidup bahagia.   

Perbezaan Antara Filem Dayang Senandung Dengan Buku Ceritanya

"Di dalam filemnya juga, ada terdapat percubaan orang suruhan Raja kamaruzaman dalam mengintip orang yang menyanyi iaitu Dayang Senandung namun tidak berjaya lalu ditanyakan orang sekeliling kampung barulah Raja Kamruzaman mengenalinya, Walaupun begitu, di dalam buku tidaklah sedemikian, mereka berjaya dengan usaha mereka sendiri dalam mencari suara tersebut" 

"Di pengakhiran ceritanya, di dalam filem tersebut, Raja Kamaruzaman ditawan oleh Puteri Mawarni kerana mungkir janji untuk bersama dengan Puteri Mawarni. Manakala dalam buku ceritanya hanyalah disebut ditawan oleh musuh tanpa menyebut langsung mengenai perihal Puteri Mawarni" 




Inilah Buku Cerita Dayang Senandung 
Wajahnya semasa dalam sumpahnnya          Wajahnya selepas terlerai sumpahannya
                                                                              


Sekian...

Comments

  1. Sedihnya cerita ni.
    Sangat memberi informasi!
    ♡♡♡♡♡

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya untuk mengambil sedikit daripada kisah ini untuk dijadikan karya animasi. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment